Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Monday, November 29, 2010

Mee Sup Tulang

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Quinnie

Bahan-bahan ( 5-6 org makan )

  • 1 kilo tulang dan 1/2 kilo daging
  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • 5 biji bawang putih (kisar)
  • 3 inci halia (kisar)
  • 1 inci halia, 1 biji bawang putih , 4 biji bawang merah (dimayang halus)
  • 3 sudu besar rempah sup
  • 2 inci lengkuas ( diketuk sekali saje)
  • 6 biji bawang merah (dibuat bawang goreng)
  • 1 paket sup bunjut tulang
  • 2 batang daun sup (ambik bhgn bawah, sekali dengan akar, cuci bersih)
  • 3 biji kentang
  • air
  • mee kuning, taugeh, daun sup dan bawang
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. tumis bahan yg dimayang sehingga naik bau, kemudian masukkan bahan2 sup bunjut dan bahan2 kisar. kacau rata hingga bahan2 kekuningan
  2. kemudian bancuh rempah sup dengan sedikit air dan tumis bahan hingga keluar minyak
  3. masukkan tulang dan daging, masak hingga tulang keluar air dan hilang warna darahnya
  4. keluarkan sup bunjut tadi, kemudian buka ikatan sup, dan masuk dalam blender. isi penuh air dan blend. kemudian tapis, dan masukkan dalam periuk. buat sebanyak 3 kali
  5. masukkan kentang, lengkuas dan batang daun sup
  6. tambah lagi air secukupnya dan biar ia masak selama 2 jam
  7. bila daging dah empuk baru masukkan garam.( kalau masuk garam awal2 nanti dia tak boleh lembut)
  8. tutup api dan taburkan bawang goreng
  9. boleh lah dihidang dengan mee, taugeh dan daun sup dan bawang.
  10. untuk sos kicap. 15 biji cili dan1 biji bawang putih di blend. kemudian isi kicap lemak manis.

Wednesday, December 2, 2009

Mee Tomato

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Kaksma

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 paket spaghetti
  • 1/2 kilo daging
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 1 tin sedang tomato puri
  • sedikit sayur kobis(anggaran sendiri)
  • air,garam dan serbuk perasa

  • Bahan hiasan
  • 1 biji timun
  • daun sup
  • bawang goreng

Cara-cara

  1. Bersihkan daging,hiris halus kemudian rebus hingga empuk
  2. lada kering,bawang merah,bawang kecil dan bawang putih dikisar halus
  3. tomato dipotong dadu,kobis dihiris halus
  4. Panaskan minyak dalam periuk,tumiskan bahan kisar hingga naik minyak
  5. kemudian masukkan air,daging dan air rebusan daging tadi.biarkan mendidih.
  6. bila kuah mendidih,masukkan tomato puri,romato yang didadu,kobis.
  7. tambahkan garam dan serbuk perasa.
  8. biarkan kuah ini mendidih dengan agak pekat dan daging empuk.
  9. bila telah pekat boleh lah dimatikan api dan dihidangkan
  10. Untuk menghidang mee ini
  11. timun dibuang kulit,potong nipis keliling,dan dihiris halus bulat(spt dlm gambar)
  12. daun sup dihiris halus.
  13. Spaghetti direbus besama sedikit garam dan minyak masak.bila telah masak angkat dan toskan.

Sunday, May 31, 2009

Bakso

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Che' iza

Bahan-bahan ( 7-8 org )

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus
  • *UTK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam
  • *UTK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa

Cara-cara

  1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....

Thursday, April 9, 2009

Homemade mee

Atas permintaan

Harap2 dpt menbantu ya :)

Bahan2 : rujuk sini ya
air masuk sedikit2..( jgn semua ) mgkin guna dlm 180 ml shjGaulkan semua bhn d atas menjadi doh spt ini : ( ala2 peroi )

Cara2 :
kepal2 kan sedikit doh..masuk dlm mesin pasta

Gelek guna no. paling tebal tau..1st gelek mmg warna x sekata & putus2

Gelek bnyk kali smpai dok sekata & licin

Letak dlm dulang yg bersalut tepung ubi

ulang gelek smpai doh habis..salut kepingan td dgn tepung ubi secukupnya

Ambil 1 kepingan gelek d bahagian pemotong mee

Buat smpai habis

Didihkan air..+ sedikit minyak

Rebus mee sedikit2 dlm 2 minit @ hingga mee timbul

Toskan mee

Ulang rebus & toskan mee

Dh siap semua..gaulkan mee td dgn 5 sudu mkn minyak ( spya x melekat)
sedia d hidang...masaklah ikut kegemaran :)

Tuesday, December 23, 2008

Mee Kicap

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Che'iza

Bahan-bahan ( 2 org )

  • 250 gm mee kuning
  • lbh kurang 40-50 gm taugeh

  • *KUAH*
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 1 sb minyak masak
  • 1cm halia ditumbuk
  • 3 sb kicap manis
  • 3 sb sos tiram
  • 1 sk kicap pekat
  • 1 sk pati ikan bilis (saya guna brand tumix)
  • sedikit lada sulah
  • 1 cwn air
  • garam n sedikit gula kalau perlu......

  • *SUP*
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bwg putih
  • 3 cwn air
  • 1 sk pati ikan bilis
  • fish cake n fish ball
  • sedikit lada sulah n garam

Cara-cara

  1. Panaskan minyak... tumis bawang putih hingga kekuningan n garing... Kuarkan bawang putih. (Jgn buang akan tabur kat mee nanti.....). Kita akan dpt minyak bawang putih....
  2. Dgn minyak tadi tumis halia hingga naik bau masukkkan kicap manis, sos tiram, air n kicap pekat. Biar mendidih...
  3. Masukkan lada sulah, pati ikan bilis n garam n gula kalau sos tiram tak masin. Biar hingga kuah pekat.... Siap, matikan api.
  4. *UTK SUP*
  5. Tumis bawang merah n bawang putih hingga naik bau masukkan air... biar mendidih, letak pati ikan bilis lada sulah, fishball, fish cake n sikit garam... biar mendidih n siap...
  6. Celur mee n taugeh... tapis...letak kat pinggan n tuang kuah kicap..... tabur ngan daun bawang, bawang putih goreng... Siap tuk dihidang......
  7. Hidang bersama sup n lada kicap..... Biasanya saya suka mkn ngan ayam hainan

Sunday, December 21, 2008

Homemade mee

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : umi_e

Bahan-bahan ( 1 kilo )

  • 500 gm tepung
  • 200 ml air
  • satu sudu air abu
  • sedikit pewarna kuning
  • minyak secukupnya
  • garam secukupnya
  • air untuk merebus

Cara-cara

  1. Meekunging-bahan
    campurkan air abu ke dalam air dan letakkan sedikit pewarna kuning dan secukup garam dan kacau sehingga sebati. Kemudian tuangkan ke dalam tepung yang telang diletakkan dalam mangkok adunan
  2. Meekuning-adun
    uli sehingga menjadi adunan tetapi adunan mee agak kering bukan macam buat doh karipap)
  3. Meekuning-masuk_mesin
    ambil sedikit adunan dam masukkan ke dalam mesin pasta pada no1. Jika adunan berderai jangan khuatir kerana aduna akan bersatu setelah terus di putar
  4. terus putar sehingga aduna menjadi kepingan yang rata dan halus...
  5. Setelah nipis taburkan tepung ubi ke atas adunan supaya tidak melekat dan lakukan sehingga semua aduna habis diputar nipis
  6. Setelah semua adunan nipis, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi kecil (biasanya ada 2 saja - untuk mee dan untuk kuey teow)
  7. Terus memotong sehingga adunan habis
  8. Setelah air mendidih, rebus mee sedikit2 atau muat tapisan-periuk)
  9. Rebus sebentar sahaja atau sehingga mee timbul - angkat dan toskan
  10. Letakkan mee yang telah ditoskan ke dalam dulang/loyang dan tuangkan sedikit minyak dan gaul rata (buat semasa mee sedang panas. Jika tidak mee akan melekat antara satu dengan lain)
  11. Ulang proses tersebut sehingga kesemuanya habis dan sejukkan mee sebelum disimpan atau digunakan
Mee sebelum direbus
Mesin pasta yg d gunakan