Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Monday, June 22, 2009

Pecel lele

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Kak waheedeana

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 4 ekor ikan keli - dibersihkan dan dicuci dgn air asam jawa terlebih dahulu dan digoreng / di salai
  • 15 tangkai cili padi - ditumbuk ( ikut suka pedasnya )
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 10 biji cekur ( kalo besarnya sebesar guli ) - ditumbuk
  • 2 cawan air
  • 200ml pati santan
  • air asam jawa- ( ikut suka masamnya, saya agak2 jer )
  • gula dan garam secukup rasa
  • daun cekur - dihiris halus mcm bunga rampai

Cara-cara

  1. panaskan periuk beserta air dan bahan yg telah ditumbuk sehingga mendidih di atas api sederhana
  2. masukkan air asam jawa, santan dan daun cekur, kacau hingga sebati
  3. setelah mendidih masukkan ikan, akhir sekali perasakan dgn gula dan garam kacau sehingga sederhana pekat kuahnya. Sedia untuk di makan

Saturday, June 13, 2009

Ompok Ikan

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Kak Jue Hussin

Bahan-bahan ( Untuk 3 hari makan )

  • 6 ekor ikan kembung (saya pilih yg besar)
  • 2 ulas bawang besar
  • 15 ulas bawang kecil
  • 8 ulas bawang putih
  • 6 batang serai
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 sudu besar cili giling (kalau suka pedas, sila tambah ek)
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam kasar
  • 6 keping asam gelugur

Cara-cara

  1. Img_1714
    Bawang besar/kecil/putih + cili giling dikisar halus
  2. Img_1715
    Sementara bahan2 tu diblender, susun bahan dalam periuk, susun serai dulu, kemudian letakkan ikan atas susunan serai, letakkan daun kunyit
  3. Img_1717
    Susun selapis demi selapisan hingga selesai
  4. Img_1718
    Tuangkan bahan2 yg diblender tadi, masukkan garam, serbuk kunyit & asam gelugur. Tambahkan air hingga separas ikan.
  5. Masakkan dengan api kecil, lagi lama di masak, lagi sedap sebab perisanya sebati dgn daging ikan tu.

Colek Ike Tenggiri

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Kak Zaliana

Bahan-bahan ( 1 hidangan tengahari )

  • 4 keping ikan tenggiri
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu teh garam
  • 5 biji cili api
  • 2-3 biji limau nipis
  • 1 inci belacan (bakar sikit)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • Sedikit daun ketumbar (hiris)
  • UPDATE: lupa nak beritahu..kepada yang tak suka daun ketumbar, boleh tukar kepada daun limau purut...memang ummphh!!!

Cara-cara

  1. Letakkan secubit garam pada ikan dan bakar dlm oven hingga masak.(Kalau bakar dgn kayu arang lebih sedap)
  2. Campurkan air masak,cili,garam,gula,belacan dan perahan air limau dan blend. Tumbuk dengan lesung pun boleh. Letak dlm bekas dan gaulkan dengan bawang,tomato dan daun ketumbar.
  3. Tuangkan kedalam pinggan berisi ikan yg telah dibakar.Sedia untuk dimakan dengan nasi panas.

Sunday, May 31, 2009

Ikan Percik

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Joayee

Bahan-bahan ( 2-4 )

  • 4 ekor ikan
  • 200ml santan
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu cili boh ( cili powder)
  • 1 asam keping
  • 1 sudu besar gula ( kelatan style mesti manis :) or ikut selera)
  • 1 sudu besar garam (ikut selera)
  • @1 bawang besar size kecil ( or 4 biji bawang merah)
  • @1 ulas bawang putih
  • @3 potong lengkuas (potongan nipis)
  • @1 batang serai
  • @kunyit serbuk

Cara-cara

  1. Ikan di bersih, kelar badan, perap dengan sedikit garam selama setengah jam
  2. Blend kan bahan@
  3. masukkan semua bahan kedalam periuh yang berisi santan
  4. rasa, akhir sekali masukkan tepung beras yang sudah di bancuh dengan sedikit air.
  5. masak hingga pekat.
  6. Ikan dibakar.
  7. selepas separuh masak. di sapu dengan sos percik tadi..Ulang proses hingga masak.

Monday, May 4, 2009

Ikan Masak ala Jawa

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : cactus_manja

Bahan-bahan ( biji )

  • 4 ketul ikan - digoreng
  • 10 biji cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai - diketuk
  • 1 cawan santan
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Kisar semua bahan tersebut cili padi, bawang merah, bawang putih & kunyit
  2. Panaskan minyak untuk menumis
  3. Setelah minyak panas masukkan serai yg sudah diketuk biar 5 - 10 saat
  4. Masukkan bahan yang sudah dikisar ke dalam kuali biar hingga naik bau @ kekuningan
  5. Masukkan santan, garam secukup rasa & asam keping
  6. Biar 20 - 30 minit kemudian masukkan ikan yang sudah digoreng
  7. Sedia untuk dihidang - SELAMAT MENCUBA

Thursday, March 5, 2009

Ikan masak asam

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Checkmate

Bahan-bahan ( 2@3 org )

  • 2 ekor ikan kerisi@snappers(bersihkan lumur kunyit n goreng)
  • *1 bj bwg besar hiris bulat
  • *2 ulas bwg putih dihiris
  • *3 bj cili padi belah 2
  • *1 cili merah dihiris
  • *1 st halba n daun kari
  • garam,gula n sedikit kiub ikan bilis jika suka
  • 1 cwn air asam jawa

Cara-cara

  1. Gunakan 2@3 sb minyak dari goreng ikan tadi utk menumis bhn bertanda * hingga naik bau n bwg layu sikit
  2. masukkan air asam jawa.kacau rata n tunggu mendidih.biar pekat
  3. masukkan garam.gula secukup rasa.leh letak sedikit kiub jg masa niThen bolehlah dimasukkan ikan td..
  4. Sedia untuk dihidang.Sedap dimakan dengan nasi panas

Monday, December 22, 2008

Kembung masak Kuali

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Che'iza

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/2 kg ikan kembung (ikan cencaru, selar @ tongkol pun sedap).
  • 4 sudu besar lada boh / cili giling
  • * 3 biji bwg merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 btg serai
  • 1 sk halba
  • 1/3 cwn santan pekat
  • 2 sb air asam jawa
  • garam, gula and perasa

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan ikan yg telah siap digoreng.
  2. Kisar bahan bertanda *. Dgn menggunakan lebihan minyak goreng ikan tadi (keluarkan sikit minyak kalau byk) tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan lada boh tumis hingga garing. Masukkan air asam jawa n halba. Jika tumisan agak kering boleh masukkan sedikit air.
  4. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi juga santan. Akhir sekali masukkan garam, gula n pak aji.
  5. Siap utk dihidang. Selalunya saya suka mkn lauk ni keesokan hari, lagi sedap.

Pais Ikan

Sumber : Myresipi.com

resepi asal : Che'iza

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/2 kg ikan kembung
  • * 4 biji bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • 5 sb lada boh
  • 3 sb air asam jawa
  • 2 sb santan pekat
  • sedikit garam, gula n perasa
  • daun pisang n lidi utk bungkus

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan, toskan airnya dan ketepikan. Tumbuk bahan bertanda *
  2. Satukan bahan tumbuk dan semua bahan lain, gaul sebati.
  3. Ambil daun pisang selebar 30 cm, letak pes lada diatas daun. Letak ikan atas pes lada tadi. Kemudian lapiskan lg dgn pes lada. Balutkan ikan dgn daun pisang .
  4. Lipatkan sedikit dihujng daun kiri n kanan dan cucuk dgn lidi supaya pes lada tak terkeluar masa bakar nanti. Siap utuk dibakar.
  5. Bakar lebih kurang 25-35 min bergantung pada saiz ikan yg digunakan. Sedap mkn panas2 ngan nasi putih.