Showing posts with label Snack. Show all posts
Showing posts with label Snack. Show all posts

Thursday, May 20, 2010

Cendawan ala tempura ( Cendawan goreng )

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : inaz

Bahan-bahan ( 3-4 )

  • 1 paket Cendawan Tiram/Putih
  • 8 sudu besar Tepung Serbaguna (Brand Agromas) - brand pe2 boleh
  • 1 sudu besar Tepung Gandum
  • Sedikit Air
  • Minyak utk mengoreng

Cara-cara

Bancuh bahan2 diatas, celupkan cendawan dlm bancuhan tadi dan goreng sehingga ke kuning-kuningan

>> A buat x berapa jadi..kurang tepung :)

Sunday, October 4, 2009

Jagung Manis

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 500 gm jagung ( leh dpt dbhgn frozen )
  • 2 s b butter
  • 4 s b susu pekat manis ( kemanisn ikut suka )
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Kukus jagung dlm 20 minit..lg lama lg sedap :)
  2. Jagung dh masak..dlm bekas lain..masukkan jagung yg masih panas2, gaul dengan butter, susu pekat manis dan tabur secubit garam.
  3. Sebatikan..dh siap....enak dimakan semasa masih panas2..

Wednesday, May 20, 2009

Crispy Potato Wedges

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : noOrsha

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut
  • Garam

Cara-cara

  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

Monday, May 4, 2009

Potato Croquette

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Kak Yani

Bahan-bahan ( 8 ketul )

  • 4-5 biji ubi kentang
  • 1 sudu mentega
  • 1/2 biji bawang besar
  • 150g daging cincang
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah
  • 2 biji telur dipukul
  • bread crumbs secukupnya
  • sedikit tepung
  • minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  1. Rebus ubi kentang sehingga masak
  2. Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
  3. Potong dadu bawang besar.
  4. Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
  5. Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
  6. Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
  7. Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
  8. Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
  9. Goreng dalam minyak penuh