Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Monday, July 26, 2010

Durian Chiffon Cake

Sumber : Ika ( http://kurniaanmu.blogspot.com )

Resepi asal : Lydia ( http://mykitch3n.blogspot.com )

Ingredients (9"):
A

4 egg yolks
20gm caster sugar
40gm vegetable cooking oil
30ml milk
¼ tsp salt
½ tsp durian essence (optional)

B
100gm cake flour (or 85gm all purpose flour + 15gm cornflour)
½ tsp baking powder

C
4 egg whites
100gm caster sugar
⅛ tsp cream of tartar

D
½ cup durian flesh, pureed


Directions:
  1. Preheat oven to 170 degree C.
  2. In a large mixing bowl, whisk together ingredients A until combined.
  3. Sift together ingredients B, then add into (2) and mix well. Set aside for later use.
  4. In another large mixing bowl, beat egg whites until soft peaks. Add in sugar and cream of tartar and continue to beat until stiff.
  5. Take ¼ of the meringue and mix with (3) until well mixed. Gradually add in remaining meringue, and lastly stir in durian puree. Stir until just combined.
  6. Transfer batter into chiffon pan and bake in the preheated oven for 40 minutes.
  7. Invert the cake immediately after taking out from oven, and cool on rack completely before turning out from mould.

Sunday, July 4, 2010

Chiffon Cheesecake

Sumber : Buku Fantastic Cheesecake

Resepi : Alex Goh

Bahan- bahan
(A)
60 gm susu
40 gm krim keju
25gm mentega

(B)
65 gm tepung gandum

(C)
4 biji kuning telur

(D)
4 biji putih telur
100 gm gula
secubit garam
1/8 sudu teh krim of tartar - x letak

Cara-cara
- Masak (A) hingga mereneh - sebati dan pekat.
- Keluarkan (A) drpd periuk. Tambah (B) dan digaul hingga licin.
- Tambah (C) gaul hingga sebati.
- Pukul putih telur hingga pekat (menjadi meringue)..masukan bahan (D) pada putih telur tadi.
- Masukan adunan (D) ke dlm bekas yg berisi bhn (A,B,C) yg telah digaul sebati.
- Kaup balikkan..adunan tersebut supaya rata
- tuang adunan ke dalam acuan chiffon 9 inci. Jangan griskan acuan.
- Bakar pada suhu 175 C selama 35-40 minit.
- keluarkan kek dr oven..biarkan kek sejuk dlm keadaan acuan terbalik..

Thursday, April 22, 2010

Crazy Chocolate cake

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : aludra

Bahan-bahan ( 18cmX18cm )

  • 1 cawan / 120 gram tepung gandum
  • 1 cawan / 180gram gula halus
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/3 cawan / 80ml minyak sayuran atau minyak masak
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 1 cawan air sejuk

Cara-cara

  1. Dalam mixing bowl, masukkan semua bahan yang kering (tepung, gula, koko, baking soda, baking powder, garam). Gaul sebati.
  2. Pastu, masukkan semua kandungan cecair, (minyak, cuka, vanilla, air) dan gaul sebati.
  3. Masukkan dalam loyang yang dah disapu mentega/minyak sedikit.
  4. Bakar dalam oven pada 180C selama 30 min atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar dari kek.
  5. Boleh dihias dengan frosting kegemaran masing2.
  6. NOTE: Saya guna measurement cup untuk resepi ni.

Sunday, March 7, 2010

Kek Nenas Upside Down

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : akma_4th

Bahan-bahan ( 1 biji )

  • 250g mentega
  • 200g gula pasir
  • 250g tepung kek (self-raising)
  • 5 biji telur gred A
  • 1 camt esen vanila
  • 1 tin nenas dalam tin (bulat), 5 camb sirap nenas dimasukkan dalam adunan kek
  • Ceri merah dan hijau secukupnya

Cara-cara

  1. Lenser loyang kek dengan mentega.
  2. Susun nenas pada dasar loyang. Isikan ceri pada lubang nenas.
  3. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga kembang.
  5. Masukkan esen vanila dan 5 camb sirap nenas ke dalam adunan.
  6. Masukkan tepung kek. Gaul sebati.
  7. Tuang adunan ke dalam loyang berisi nenas dan ceri tadi. Bakar pada suhu 180C selama 30-35 minit, sehingga kek masak.
  8. Sejukkan kek baru lah diterbalikkan ke dalam serving plate.

Friday, January 29, 2010

Kek Batik Coklat

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : bakewithmilla

Bahan-bahan ( 1 kg )

  • 200gm millo
  • 250gm butter
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • biskut meri secukupnya

Cara-cara

cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali... setelah cair masukkan susu,millo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur masukkan milo dan seterusnya koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg.... setelah pekat susun biskut meri lapis ngan coklat selapis demi selapis sehingga habis...siap...dan biarkan semalaman.... potong dan siap dhidangkan...kalau ndak cepat keras masukkan dalam aisbox dan bila keras potong dan hidangkan...

Saturday, December 19, 2009

Kek Pisang sempoi

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Sofinar

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • 2 sudu besar serbuk koko - ayak ( tmbh jika buat marble )

Cara-cara

  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda
  4. Jika nk buat marble - lps step no 1 ..bhgkan adunan kpd 2 bhgn...1 biarkan adunan asal..1 adunan + serbuk koko..tuang selang seli smpai adunan habis...baru bakar spt biasa :)

Sunday, October 25, 2009

Kek Kukus Velvet haw flakes

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : kak Fida

Bahan-bahan ( loyang 10x7 )

  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
  • secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen)

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  5. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
  6. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

Sunday, October 4, 2009

Kek Kukus Buah-buahan

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Mat Gebu

Bahan-bahan ( 15 orang ke atas )

  • 375 g buah2an campuran (mix fruit, dalam kotak)
  • 250 g mentega (golden churn, pilihan terbaik)
  • 3 biji telur Gred A
  • 300 g tepung gandum*
  • 1 camca teh soda bikarbonate*
  • 1 camca teh cream of tartar*(*digaul dan diayak)
  • 150 g gula perang (gula halus pun ok)
  • 150 g gula pasir ( untuk gula hangus)
  • 1 biji pala, diparut
  • 30 g badam keping
  • Ceri merah/hijau untuk hiasan (jika suka)

Cara-cara

  1. Satukan buah2an campuran (mix fruit), badam keping dan parutan biji pala. Masukkan tepung yg telah diayak dan gaul hingga buah2an tadi bersalut dgn tepung. Ini penting utk mengelakkan buah dari mendak ke bawah. Dan masa ini juga jerang air hingga mendidih utk proses mengukus. Isi air hingga hampir penuh.
  2. Pukul mentega dgn gula perang (atau gula halus) hingga berkrim.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan putih, jgn terlalu kembang.
  4. Perlahankan speed dan masukkan buah2an yg telah digaul dgn tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata dan matikan mesin sebentar sementara menunggu gula hangus.
  5. Sementara itu masak gula pasir hingga bertukar menjadi gula hangus. Jangan berhenti mengacau. Biarkan gula hangus menjadi agak gelap sedikit. Awas!! berhati2 semasa memasak gula hangus....
  6. Hidupkan mesin kek. Dengan speed perlahan tuang gula hangus perlahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati. Proses ini mesti dilakukan dgn cermat dan cepat kerana gula hangus cepat membeku bila sejuk.
  7. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x 3 )inci dgn mentega dan alas dasar tin dgn kertas minyak.
  8. Tuang adunan kek ke dalam tin tadi dan hias dgn ceri merah atau hijau. ( mat cuma ada ceri kaler hijau je hehehe.....)
  9. Tutup tin kek dgn aluminium foil dan ikat sekelilingnya dgn tali rafia. Tujuannya utk mengelakkan wap terlepas masuk ke dalam adunan kek.
  10. Kukus di atas air mendidih selama 4 jam. Perlu diingatkan, lepas 1 jam perhatikan jika air berkurangan tambah air panas mendidih. JANGAN gunakan air sejuk kerana boleh membantutkan proses mengukus kek. Apabila masak keluarkan kek dari acuan dan sejukkan di atas redai kek. Biar betul2 sejuk sebelum dipotong utk mengelakkan kek pecah.

Monday, May 4, 2009

Kek Zebra

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Sofinar

Bahan-bahan ( satu loyang )

  • 250g butter
  • 2 cwn gula kastor
  • 3cwn tpg naik sendiri
  • 7 bj telor ( kalau blh yang gred A)
  • 1 sudu besar overlate
  • 7 sudu besar air
  • 2 sudu besar coco powder

Cara-cara

  1. masak butter hingga cair dan sejukkan
  2. campur semua bahan kecuali butter dan coco, putar hingga kembang
  3. masukkan butter cair, dan putar lagi hingga sebati
  4. bahagi 2 adunan tadi. satu warna asal dan satu lagi campur dengan serbuk koko. kacau sampai sebati
  5. lapis2kan berselang seli macam buat kek marble yang lain,
  6. kek akan kelihatan seperti badan kuda belang sebab tu nama dia zebra.

Monday, February 9, 2009

Kek Asam Manis ( Low Budget )

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Hasue

Bahan-bahan ( 1 Loyang 9"x9"/sila bahagi 2 sukatan bhn utk kek lbh kecil )

  • 330g Marjerin
  • 2 Gelas /400g Gula Pasir
  • 6 Biji Telur-Gred A (Telur gred C kena gunakn 7 Biji)
  • 2 3/4 Gelas /320g Tepung Gandum
  • 1 Bungkus/90g Asam Manis(hawflakes)
  • 1 sudu esen vanilla/perisa pisang
  • Pewarna Kuning Secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan air dlm pengukus.Di dalam mixing bowl atau bekas agak besar,masukkan marjerin dan gula. Mula memukul adunan dgn mixer sehingga gula dan marjerin bergaul rata..(x pyh tggu kmbg sgt sbb marjerin x sehalus mentega)
  2. Masukkan telur satu-persatu(sambil terus memukul adunan pd kelajuan tinggi) sehingga habis.Kemudian masukkan esen vanilla/perisa pisang
  3. Setelah itu,ayakkan tepung terus ke dlm adunan dan pukul sebati.Warnakan adunan dengan pewarna kuning.Gaul adunan menggunakan senduk sehingga betul2 sebati.Kena guna senduk sbb telur dan marjerin kdg2 masih ada yg 'duduk' bwh bekas.Jika ni tjadi kek anda akan nmpk bminyak sket sbb adunan x brp sebati
  4. Buka bungkusan asam manis dan simpan dlm mangkuk.Ramaskan dgn sedikit tepung gandum supaya ia tdk melekat satu sama lain dan supaya tidak mendap ketika dkukus.Jika mahu,patah2kn kecil2(sy lbh suka buat begini sbb kek lbh cantik dan x terasa ketulan asam manis ketika mkn)
  5. Masukkan asam manis tadi ke dalam adunan dan gaul sebati.Sediakan loyang yg sudah dsapu marjerin dan dtabur rata dgn tepung.
  6. Masukkan adunan terus ke dalam loyang dan tutup dgn aluminium foil(x perlu tutup ketat,sekadar menutupi bahagian atas loyang).Boleh juga guna tuala utk mengalas penutup pengukus.
  7. Pastikan kukusan sdh mendidih.Kukus adunan selama 1 jam 15 minit atau lebih(sehingga msk), bgantung kpd saiz pengukus. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Tuesday, February 3, 2009

Kek Coklat 4

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Kak Hana6877

Bahan-bahan ( size loyang 18cm )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cwn serbuk koko van houten
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur (size M)
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak n esen vanila
  • TOPPING
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg.
  2. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
  4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
  5. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
  6. Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan....
  7. SeLaMat MeNcUbe....

Tuesday, December 23, 2008

Pandan Marble Cake

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : R-lin

Bahan-bahan ( 1 loyang ukuran 20cm )

  • 4biji telur
  • 1sdt serbuk coklat,ayak.
  • 100gr gula pasir
  • 1sdt ovallate
  • 25ml santan pekat,saya guna santan kara dalam kotak
  • 1sdt perisa pandan
  • 50gr minyak masak
  • 100gr tepung gandum }ayak
  • 1/2sdt sebuk penaik }bersama
  • beberapa titik pewarna hijau

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula pasir,&ovallate hingga kembang.
  2. Masukkan ayakan tepung gandum & serbuk penaik.Kacau rata.
  3. Masukkan minyak masak,kacau ra ta.
  4. Masukkan santan & perisa pandan, Kacau rata.
  5. Ambil 2 senduk adunan & beri serbuk coklat.Kacau rata.
  6. Masukkan beberapa titik pewarna hijau pada adunan yg selebihnya. Kacau rata.
  7. Masukkan adunan hijau ke dalam loyang yg dah digris.Masukkan adu nan coklat,marblekan.
  8. Bakar pada suhu 180c atau bergantung pada kepanasan oven masing -masing selama 30 minit.

Kek Coklat Moist kukus 3

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Alongroz

Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )

  • 100g Serbuk Koko*
  • 250g Gula Kastor
  • 1 tin Susu Isian Cair*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum
  • 1 st Bic Soda
  • 1st Baking Powder

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
  3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.
  5. Untuk ganache atas kek lihat resipi dari hana6877: resipi no. 4580
  6. Untuk buttercream kat tepi, pukul 125g Butter, 125g majerin & 80g Gula ising. Bila dh sebati campur 100g coklat yg telah di cairkan.

Monday, December 22, 2008

Kek Puding Karamel

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Kak Yani

Bahan-bahan ( 20cm )

  • Karamel
  • 60g gula
  • 1 sudu besar air
  • 2 sudu besar air
  • Puding
  • 4 biji telur
  • 500ml susu segar
  • 70g gula
  • sedikit esen vanila
  • Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan

Cara-cara

  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
  4. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
  5. Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
  6. Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
  7. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
  8. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  9. Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  10. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  11. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Sunday, December 21, 2008

Moist Choc. Cake 2

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Kak Nor67

Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )

  • 250gm butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur (A)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • Utk choc ganache:
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar butter

Cara-cara

  1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
  5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
  6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
  7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
  8. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

Saturday, December 20, 2008

African Marble Cake

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Tulip77

Bahan-bahan ( loyang 10" x 3" tinggi )

  • 250g tepung naik sendiri
  • 200g gula kastor
  • 300g telur - timbang tanpa kulit ( saya guna 5biji size B )
  • 1camb ovellate
  • 1camt baking powder
  • 2camb susu pekat
  • 50ml susu segar
  • 175g butter - cairkan
  • 1/2camb coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari

Cara-cara

  1. Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double.
  2. Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati. Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco. Tuang adunan banyak dalam loyang. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak.
  3. Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ni akan naik double. Bakar pada suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak. Setelah masak, biarkan 5 minit dalam loyang lepas tu keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.
  4. *** tak sempat nk ambik gambar kek lepas potong...tgk2 dah lesap :D
  5. *** lupa lak nk bg tau...klu manis leh kurangkan gula 180gm pun dah cukup ***

Kek Coklat 1

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : fendi75

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Kek Gula Hangus

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Widad

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega

Cara-cara

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam

Kek Epal

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Kak Yani

Bahan-bahan ( 18x18 cm )

  • 1 biji epal
  • 100g mentega-suhu bilik
  • 80g gula halus + 2 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 100ml fresh cream/whipping cream
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
  2. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
  4. Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
  6. Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
  7. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C