Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Thursday, November 25, 2010

Sup Tulang Merah ( Bone Steak )



Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Kak As NZ

Bahan-bahan ( 5-6 orang makan )

  • 1kg tulang kambing @ tulang lembu
  • 1 senduk cili kering/ cili boh
  • *5 Biji Bawang besar
  • *4 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • 1/2 tin tomato pure (440gm)
  • 1/2 botol sos tomato (435gm)
  • 2 Biji telur- di kocok guna garfu pun ok
  • 2 sdb tepung gandum
  • 2 sup bunjut tulang Adabi
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu gula (kemanisan ikut suka)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Bahan2 utk hiasan: Hirisan kobis, carrot, lada hijau & bawang goreng

Cara-cara

  1. Tulang dicuci bersih dan direbus bersama 2 sup bunjut hingga empuk dan ketepikan
  2. Tumiskan bahan2 yang dikisar,cili kering,setelah naik minyak masukkan tomato pure garam dan gula
  3. Masukkan tulang yang telah direbus dan air rebusan tadi, biarkan mendidih
  4. Masukkan bancuhan tepung gandum anggaran 1/2 cawan, kacau rata..
  5. Masukkan sos tomato dan akhir sekali masukkan telur yang telah dikocok tadi..
  6. Ketika menghidang bolehlah taburkan hirisan cili hijau, kobis, dan bawang goreng..

Monday, June 22, 2009

Rendang Daging

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Melati

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa
  • ****BAHAN KISAR**
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering
  • ***BAHAN MAYANG ***
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.

Sunday, May 31, 2009

Dendeng

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : erna

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500gm daging
  • 4 biji tomato
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukupnya
  • ****Bahan A (dikisar)*****
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 sudu besar cili giling
  • sedikit halia

Cara-cara

  1. Daging di hiris nipis dan digaul sedikit dengan bahan A. Perapkan sekejap.
  2. Goreng daging ini hingga garing. Ketepikan.
  3. Kemudian tumiskan lebihan bahan A, masukkan tomato, garam, gula, kicap dan daging. Masak hingga kering.

Monday, December 22, 2008

Daging Black pepper

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Kak Nor67

Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )

  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
  • minyak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

Daging Samudera

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Lelayong

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • Daging batang pinang-lela buat utk 2 orang makan
  • @ Kicap
  • @ Cuka
  • @ Sedikit gula

Cara-cara

  1. Perap daging bersama bahan yg bertanda @ selama setengah jam
  2. Kemudian goreng daging yg diperap sehingga kering, guna api sederhana besar (lela tak gua minyak utk daging ni)

Sunday, December 21, 2008

Daging Sempoi

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Hana6877

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 300g daging ( dipotong nipis)
  • 1/2 biji bwg besar (dihiris)
  • 3 ulas bwg putih (diketuk)
  • 3 sudu sos tiram
  • 1 sudu lada itam (blend kasar)
  • 2 sudu kicap manis
  • daun bwg
  • cili merah (dihiris)
  • garam
  • gula
  • carrot - hiris (optional)

Cara-cara

  1. Gaul daging dengan garam. Panaskan minyak (dlm 2 sudu)..Goreng daging dan balik2kan .
  2. Masukkan bwg besar,bwg putih.Kacau. Then masukkan sos tiram,lada itam,gula. Kacau.Biarkan dlm 5 minit or sampai daging masak.
  3. Last skali masukkan daun bwg dan cili merah sbg hiasan.

Saturday, December 20, 2008

Colek Daging Panggang

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Shima27

Bahan-bahan ( separuh family :D )

  • daging batang pinang - dipotong kiub2 besar...lumurkan garam + kunyit + serbuk ketumbar = perap at least 30min
  • Bhn utk colek:
  • cili padi secukupnyer - dikisar (i bubuh 5-6 biji)
  • 1-2 biji cili masak - dikisar
  • 1 inchi belacan (dibakar) - dikisar
  • sos cili & tomato secukup rasa (utk pekatkan colek)
  • 1 biji tomato - dicincang
  • 1 labu bwg besar dicincang
  • daun coriander/ketumbar - dicincang
  • lemon juice secukup rasa (buleh jgak nak gantikan ngan air asam jawa pekat)
  • 2 sudu besar nampla/minyak ikan
  • garam & gula secukup rasa
  • extra air masak (tuk kuah colek)

Cara-cara

  1. daging yg telah diperap di panggang atas grill hingga masak ( i prefer medium)
  2. sementara tuh, satukan bhn2 kisar dgn bhn2 lain dlm mangkuk...gaul sebati...adjust rasa & kepekatan colek...kalau cair sgt tambah lg sos cili & tomato..
  3. hidang daging panggan dihiris nipis bersama colek...