Tuesday, February 12, 2013

Rendang pucuk ubi


Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : LynnSham

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • Bahan A:
  • 2 ikat (420 gm) pucuk ubi tanpa tangkai, cuci dan toskan
  • Bahan B:
  • 2 cawan santan kotak - kalau guna santan segar lebih sedap, kuantiti boleh tambah ikut citarasa sebab kalau banyak santan, banyaklah 'serdak'nya
  • 5 batang serai, dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • ½ sudu teh kunyit serbuk - jika guna kunyit hidup, kisar sekali dengan Bahan C
  • 1½ sudu teh garam – ikut selera sendiri ya..
  • 2 sudu teh gula – jika suka
  • Bahan C:
  • 6-7 ulas (100 gm) bawang merah
  • 1-2 genggam (50-100 gm) ikan bilis
  • 1 genggam (50 gm) cili padi - ikut selera sendiri ya..

Cara-cara

  1. Tumbuk/Kisar C.
  2. Satukan B dan C dalam kuali, masak hingga hampir kering, rasa garam/gulanya (sesedap rasa).
  3. Masukkan pucuk ubi (bila masukkan pucuk ubi, akan jadi berair semula) dan masak hingga kering sambil dikacau selalu.
  4. Bila siap, hidangkan bersama nasi panas.

Monday, December 24, 2012

Makizushi


Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : minami133

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1/2 kg beras jepun
  • cuka (utk sushi)
  • 3 biji telur
  • 1 batang timun
  • lettuce ( tak letak )
  • udang ( tak letak )
  • 5 helai seaweed
  • mayonis
  • bamboo mat
  • note: isi dalam bole diganti dgn tuna, ikan salmon dll mengikut citarasa masing2. 
  • A isi sosej & crabstik

Cara-cara

  1. masak beras jepun seperti masak nasi biasa.
  2. Bila dah masak, masukkan nasi ke dalam bekas besar dan tuangkan cuka sushi ke atas nasi. kacau nasi dgn cuka rata2.biarkan nasi sejuk..
  3. udang direbus dan dibuang kulit nya.
  4. telur dipukul sekejap dgn sudu dan goreng dgn sedikit minyak.bila dah masak, potong telur panjang2.
  5. buang sedikit kedua-dua belah hujung timun. potong memanjang. lettuce dibersih dan potong besar2(sehelai lettuce potong dua.)
  6. ambil sehelai seaweed, letakkan di atas bamboo mat. senduk nasi dan ratakan nasi ke semua bahagian seaweed tersebut.
  7. kemudian letakkan sehelai lettuce diatas nasi. diikuti telur, timun, dan udang. akhir sekali masukkan mayonis.
  8. Maki01
    gulung makizushi tersebut padat2.
  9. potong makizushi seperti gambar di atas. siap utk dihidang. 
  10. *** siapa yg takde cuka jepun boleh modify cuka biasa. sukatan nyer ialah, 1 1/2 sudu besar cuka + 1 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam. didihkan sekejap hingga gula hancur, sejukkan dan gaul dgn nasi sushi.. oleh junjs11  

Monday, October 15, 2012

Kuih Cara Manis


Sumber : CMG - Dapur Tanpa Sempadan

Resepi asal : Resepi Nannie Khuzaifah

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)

Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba..

Saturday, October 13, 2012

Puding Keju @ Cheese Pudding


Sumber : Kak Nor secubit garam

Resepi asal : AlongRoz

Saiz 8" persegi
BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer
50g Mentega

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.

** utk menghasilkan Puding Keju (Lapis Coklat), bahagi dua adunan dan satu bahagian dimasukkan 1 1/2 sudu besar choc emulco/chocolate paste dan mix hingga sebati. Kemudian bolehlah melapis adunan tu secara selang seli.