Saturday, June 13, 2009

Hati Masak Rempah

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Kak Waheedeana

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • Bahan2nya:-
  • ½ kg hati ayam/lembu – dicuci dgn tepung gamdum tuk hilangkan hanyir dan digoreng terlebih dahulu bersama serbuk kunyit n sedikit garam
  • ( * bahan kisar )
  • *1 biji bawang besar
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • * 1 sudu besar ketumbar
  • * ½ sudu besar jintan manis
  • 1 batang serai – diketuk
  • 2 pelepah daun kari
  • 1 sudu besar penuh rempah kari daging
  • 2 sudu kecil serbuk lada/cili – nk pedas sendiri adjust yer
  • 1 sudu besar kerisik
  • Air secukupnya
  • Garam, gula n bahan perisa secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan kuali, masukkan daun kari gaul sebentar dan masukkan bahan kisar, tumis sehingga wangi dan garing.
  2. Masukkan serai, rempah kari dan serbuk lada/cili kacau sehingga sedikit kering.
  3. Masukkan hati yg telah siap digoreng terlebih dahulu td dan kacau sebati dan masukkan kerisik dan jika terlalu kering masukkan air sedikit demi sedikit bergantung pd kehendak masing2.
  4. Akhir sekali masukkan gula, garam dan bahan perisa secukup rasa. Siap!

No comments:

Post a Comment