Tuesday, May 5, 2009

Roti Marble Coklat

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Ros @ Onigiri

Bahan-bahan ( sesuai untuk si manja anda )

  • 200 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar butter atau marjerin
  • 140 ml susu segar
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je.
  2. perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
  3. Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.
  4. Step1
    satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah.
  5. Step2
    tutupkan keseluruhan adunan tadi
  6. Step3
    potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang.
  7. letak dlm sandwish loaf.
  8. Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
  9. siap dibakar dan sejukkan atas redai. Selamat mencuba.
Ni versi letak pes pandan & pewarna hijau

No comments:

Post a Comment