Saturday, May 16, 2009

Pau II

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : Kak Fida

Bahan-bahan ( 20-24 biji )

  • 500 g tepung Hong Kong (3 3/4 cwn rata, 10 g=1sb rata)- ayak
  • 50 g gula halus (3 1/2 sb rata)
  • 250 ml air suam
  • 2 sk yis segera
  • 2 sk double acting baking powder
  • 1 sk garam halus
  • 40 g crisco / shortening (3 sb rata)
  • secukup inti ayam atau ayam BQQ:- http://www.myresipi.com/recipe/edit/5873

Cara-cara

  1. Satukan air suam,gula,garamyis,baking powder dlm mangkuk mixer dan kacau rata lalu masukkan tepung dan diuli dgn hook beater hingga rata dan masukkan crisco dan putar lagi sehingga doh tidak melekat di keliling mangkuk.Sekiranya adunan masih melekit,tambah tepung dan uli terus.Tutup mangkuk mixer dgn plastik dan perap doh selama 30 minit.
  2. Ambil sedikit adunan (akak timbang 40 g dan dapat 24 biji) dan dibulat2kan hingga habis.Leperkan bebola doh dan isi inti pilihan dan bentukkan bulat semula(diponjot atasnye) ikut krativiti masing2.Alas setiap pau dgn kertas kuih yg digunting bulat atau potongan daun pisang.Susun di dlm loyang dan jarakkan dan biar naik 2 kali ganda.
  3. Kukus pau selama 10 minit atau sehingga masak dlm kukusan yg telah dipanaskan terlebih dahulu.
Komen : mmg gebus pau ni...kelainan pd tepungnya tu yg lembutt sgt2..

hasil lebihan adunan pau..wat donut tuk anak2

No comments:

Post a Comment