Sunday, December 21, 2008

Homemade mee

Sumber : Myresipi.com

Resepi asal : umi_e

Bahan-bahan ( 1 kilo )

  • 500 gm tepung
  • 200 ml air
  • satu sudu air abu
  • sedikit pewarna kuning
  • minyak secukupnya
  • garam secukupnya
  • air untuk merebus

Cara-cara

  1. Meekunging-bahan
    campurkan air abu ke dalam air dan letakkan sedikit pewarna kuning dan secukup garam dan kacau sehingga sebati. Kemudian tuangkan ke dalam tepung yang telang diletakkan dalam mangkok adunan
  2. Meekuning-adun
    uli sehingga menjadi adunan tetapi adunan mee agak kering bukan macam buat doh karipap)
  3. Meekuning-masuk_mesin
    ambil sedikit adunan dam masukkan ke dalam mesin pasta pada no1. Jika adunan berderai jangan khuatir kerana aduna akan bersatu setelah terus di putar
  4. terus putar sehingga aduna menjadi kepingan yang rata dan halus...
  5. Setelah nipis taburkan tepung ubi ke atas adunan supaya tidak melekat dan lakukan sehingga semua aduna habis diputar nipis
  6. Setelah semua adunan nipis, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi kecil (biasanya ada 2 saja - untuk mee dan untuk kuey teow)
  7. Terus memotong sehingga adunan habis
  8. Setelah air mendidih, rebus mee sedikit2 atau muat tapisan-periuk)
  9. Rebus sebentar sahaja atau sehingga mee timbul - angkat dan toskan
  10. Letakkan mee yang telah ditoskan ke dalam dulang/loyang dan tuangkan sedikit minyak dan gaul rata (buat semasa mee sedang panas. Jika tidak mee akan melekat antara satu dengan lain)
  11. Ulang proses tersebut sehingga kesemuanya habis dan sejukkan mee sebelum disimpan atau digunakan
Mee sebelum direbus
Mesin pasta yg d gunakan

No comments:

Post a Comment